Iklan sebentar

April 21, 2014

Rumah 4 Musim, Bukit Cerakah

Assalamualaikum..........
Selamat pagi nak ke tengahari..............

Hai, selamat berkerja dan study untuk korang yang awesome...semalam cuti pergi berjalan mana, ke pergi makan kenduri pengantin...lama gila tak makan nasi minyak pengantin ni,,,siapa nak kawin invite la saya hehehe. Eh korang sebenarnya kan, aku nak cerita pasal aku dan kengkawan aku pergi melihat keindahan alam di Bukit Cerakah pada tahun 2013... haa mesti korang dah dapat tangkap kan cerita apa yang aku nak cerita ni, yes betul RUMAH 4 MUSIM, BUKIT CERAKAH yang sangat best gila... ala-ala oversea kalau masuk rumah Salji.

Al-kisah bermula dari Sabak Bernam, dan pecut ke Shah Alam (jalan tak busy pun)...tiba-tiba sampai di Tanjung Karang, kami ada terbau satu bau yang sangat busuk ibarat bau syaitan pehhh gila la, boleh accident siapa yang drive time tu, menggelupur kitaorang dalam kereta cari perfume, losyen. Bau tu berpunca dari sampah yang terjatuh kat tengah-tengah jalan, bentuknya macam bungkusan orang buang baby je..member aku lagi la, gila suruh patah balik nak tengok apa benda dalam tuh, nah aku pun cakap, pastu ko nak bawak pergi makmal ke buat experimen..aduhhhh kau ni, jangan macam-macam.

Setengah jam berlalu, sampai juga ke Shah Alam, area Shah Alam ni aku expert la jugak walaupun banyak bulatan, sampai kena gelar jadi google map dengan member aku hahaha, tempat sendiri tak berapa tahu pun..kena perli jela sepanjang jalan tu..time tu tengahari, perut kami yang macam biawak ni pun rasa lapar dan aku sebagai google map mencadangkan diaorang untuk lunch dekat seksyen 2, ala tempat yang ramai dengan budak UITM tu, ABC yang famous tu, korang tahu kan...pehhhh tak tahan tengok ABC ada ais krim kat tengah-tengah...time  panas cam ni memang sodap kembangkan tekak dengan ABC. Dah bersendawa cam biawak, cepat-cepat bayar, dan brumm ke Rumah 4 Musim.

Boleh tahan ramai juga orang time tu, lepas beli tiket tunggu bus mini yang tak ada tingkap, air-corn tu..bus dah sampai berkerumun la dekat bus sampai semput bus nak bawa kami ke rumah salji (time tu musim salji), terkesima tengak kecantikan alam Sang Pencipta..rasa excited gila memang tak terkata, sebelum nak pergi kat situ, aku siap e-mail dekat orang Taman Botani Negara Shah Alam tu, nampak tak semangat beria aku hahaha..bila dah masuk dalam tuh ingatkan sejuk gila, pasal mulut dah berasap-asap dah bila cakap, macam kat london gitu hahah, rupanya tak ada lah sejuk sangat, tak tahu la korang, sebab kulit aku ni cam biawak sisik kuasa 3 hahaha...yang tak boleh bla, kitaorang masuk 3 kali, rasa macam tak berbaloi sebab tiket RM3, pastu saljinya tak banyak pun, tak caya nah aku tunjuk gambar:

macam baru lepas kena langgar dengan storm hahaha, but it's ok, ada la jugak rupa dari tak ada

sungai salji yang kering kontang, kerana biawak minum banyak

Jambatan yang tak boleh di lalui...tengok aja boleh ya

Rumah Snow, nanti raya dia suruh datang, bawak rendang dengan lemang. ingat ya, 


Ha amacam, cantikan, siapa yang tak pergi lagi,try la cuci mata dekat sana...sebelum nak pergi e-mail dekat orang tu,tanya sekarang musim apa, haha style aku tu, beria haha..dekat sana ada musim panas, bunga, salji dan gugur...sekarang pun dah natural bumi panas, tak yah la pergi time musim panas tu hehe...have fun untuk korang yang nak pergi ke sana...

p/s : sebelum kesana sila makan kenyang-kenyang, nanti penat sebab banyak kena pakai bus no 11(kaki)...



                                                            ***** Have A Nice Day*****

Post a Comment