Iklan sebentar

April 25, 2014

Kucing Comel

Assalamualaikum...........
Selamat Hari Jumaat Kawan-Kawan............

Apa korang bikin pagi cenggini, sudah sarapan, jogging, kemas rumah, basuh pinggan, buang taik kucing...........Haaaa buang taik kucing haha sorry yang tengah makan tu )=, ibaratkan je taik kucing tu ulam yang berkhasiat hehehe.


Actually, aku rasa dah berabad tak cerita pasal kucing dekat rumah aku, tak silap aku, 3 tahun yang lepas aku banyak lah cerita pasal kerenah kucing dekat rumah aku..... Sesiapa yang sayang dan minat kucing mesti dia tahu macam mana perasaan bila tak dapat jumpa dengan kucing kesayanganya dalam 1 hari, hehehe rindu siot...minggu depan aku kena pergi kursus 4 hari, sedih rasa nak tinggalkan kucing-kucing aku kat umah, pesan dekat emak jela nanti suruh bagi makan 2 kali sehari dengan buang taik dalam bekas.


Untuk kucing kali nih aku siap belikan kandang baru 3 tingkat lagi tu, nak bagi kucing selesa punya pasal, untung kau kucing, special lagi 1, aku beli pasir kucing, macam kucing sebelum ni, aku bagi pasir yang bapak aku buat rumah. Kucing alaf baru ni memang bijak, sekali aku ajar, sekali je dia faham, berak dekat mana, tidur dekat mana, makan dekat mana, janji jangan sampai keluar rumah, habis nanti dia main dekat pasir bapak aku, dia main lambung-lambung taik mak dia yang besar.



tengok la tu, kemana saja, mesti bersama, yang itam tompok oren tu namanya Syasa lopez, yang tompok itam namanya Ompok, yang tompok oren namanya Gomok, yang oren tu Oyen...bagi nama senang-senang je, nanti nak daftar dekat JPN senang jugak ):


First time aku nak ajar suruh buang hadas besar dengan kecil dekat dalam bekas tu, diaorang tak tau, makan pasir tu adalah aishhh..dah pandai kencing dekat situ, diaorang buat tempat tidur pula, hala busuk la bulunya...dah menguap-nguap tu nak tidur la tu. poyo je la kau Ompok. Sekarang bekas najis diaorang dah besar..ada hari tu, mak dia nak tumpang sekaki buang hajat dekat situ aku apa lagi jerit la "oi mak nya, berak dekat luar lah, taik kau dah la besar"..


See, semangat tak aku, siap buat buaian untuk diaorang beradu, mak aku siap cakap kau nih sakan betul, kucing pun nak bagi buaian macam orang (mak aku cakap jowo...aku translate BM). Aku buat semua ni sebab aku jenis orang yang tak terlalu busy, abis 1 kandang tu aku gubah, cuma tak boleh buat hantaran la ):


Hadist Mengenai Kucing :
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


p/s : berbuat baiklah dengan haiwan, sesungguhnya mereka juga mahluk ciptaan Allah yang sangat comel dan anda akanmendapat ganjaran berbuat baik dan petua untuk murah rezeki juaga,
Post a Comment