Iklan sebentar

April 25, 2014

Kucing Comel

Assalamualaikum...........
Selamat Hari Jumaat Kawan-Kawan............

Apa korang bikin pagi cenggini, sudah sarapan, jogging, kemas rumah, basuh pinggan, buang taik kucing...........Haaaa buang taik kucing haha sorry yang tengah makan tu )=, ibaratkan je taik kucing tu ulam yang berkhasiat hehehe.


Actually, aku rasa dah berabad tak cerita pasal kucing dekat rumah aku, tak silap aku, 3 tahun yang lepas aku banyak lah cerita pasal kerenah kucing dekat rumah aku..... Sesiapa yang sayang dan minat kucing mesti dia tahu macam mana perasaan bila tak dapat jumpa dengan kucing kesayanganya dalam 1 hari, hehehe rindu siot...minggu depan aku kena pergi kursus 4 hari, sedih rasa nak tinggalkan kucing-kucing aku kat umah, pesan dekat emak jela nanti suruh bagi makan 2 kali sehari dengan buang taik dalam bekas.


Untuk kucing kali nih aku siap belikan kandang baru 3 tingkat lagi tu, nak bagi kucing selesa punya pasal, untung kau kucing, special lagi 1, aku beli pasir kucing, macam kucing sebelum ni, aku bagi pasir yang bapak aku buat rumah. Kucing alaf baru ni memang bijak, sekali aku ajar, sekali je dia faham, berak dekat mana, tidur dekat mana, makan dekat mana, janji jangan sampai keluar rumah, habis nanti dia main dekat pasir bapak aku, dia main lambung-lambung taik mak dia yang besar.



tengok la tu, kemana saja, mesti bersama, yang itam tompok oren tu namanya Syasa lopez, yang tompok itam namanya Ompok, yang tompok oren namanya Gomok, yang oren tu Oyen...bagi nama senang-senang je, nanti nak daftar dekat JPN senang jugak ):


First time aku nak ajar suruh buang hadas besar dengan kecil dekat dalam bekas tu, diaorang tak tau, makan pasir tu adalah aishhh..dah pandai kencing dekat situ, diaorang buat tempat tidur pula, hala busuk la bulunya...dah menguap-nguap tu nak tidur la tu. poyo je la kau Ompok. Sekarang bekas najis diaorang dah besar..ada hari tu, mak dia nak tumpang sekaki buang hajat dekat situ aku apa lagi jerit la "oi mak nya, berak dekat luar lah, taik kau dah la besar"..


See, semangat tak aku, siap buat buaian untuk diaorang beradu, mak aku siap cakap kau nih sakan betul, kucing pun nak bagi buaian macam orang (mak aku cakap jowo...aku translate BM). Aku buat semua ni sebab aku jenis orang yang tak terlalu busy, abis 1 kandang tu aku gubah, cuma tak boleh buat hantaran la ):


Hadist Mengenai Kucing :
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).


p/s : berbuat baiklah dengan haiwan, sesungguhnya mereka juga mahluk ciptaan Allah yang sangat comel dan anda akanmendapat ganjaran berbuat baik dan petua untuk murah rezeki juaga,

April 21, 2014

Rumah 4 Musim, Bukit Cerakah

Assalamualaikum..........
Selamat pagi nak ke tengahari..............

Hai, selamat berkerja dan study untuk korang yang awesome...semalam cuti pergi berjalan mana, ke pergi makan kenduri pengantin...lama gila tak makan nasi minyak pengantin ni,,,siapa nak kawin invite la saya hehehe. Eh korang sebenarnya kan, aku nak cerita pasal aku dan kengkawan aku pergi melihat keindahan alam di Bukit Cerakah pada tahun 2013... haa mesti korang dah dapat tangkap kan cerita apa yang aku nak cerita ni, yes betul RUMAH 4 MUSIM, BUKIT CERAKAH yang sangat best gila... ala-ala oversea kalau masuk rumah Salji.

Al-kisah bermula dari Sabak Bernam, dan pecut ke Shah Alam (jalan tak busy pun)...tiba-tiba sampai di Tanjung Karang, kami ada terbau satu bau yang sangat busuk ibarat bau syaitan pehhh gila la, boleh accident siapa yang drive time tu, menggelupur kitaorang dalam kereta cari perfume, losyen. Bau tu berpunca dari sampah yang terjatuh kat tengah-tengah jalan, bentuknya macam bungkusan orang buang baby je..member aku lagi la, gila suruh patah balik nak tengok apa benda dalam tuh, nah aku pun cakap, pastu ko nak bawak pergi makmal ke buat experimen..aduhhhh kau ni, jangan macam-macam.

Setengah jam berlalu, sampai juga ke Shah Alam, area Shah Alam ni aku expert la jugak walaupun banyak bulatan, sampai kena gelar jadi google map dengan member aku hahaha, tempat sendiri tak berapa tahu pun..kena perli jela sepanjang jalan tu..time tu tengahari, perut kami yang macam biawak ni pun rasa lapar dan aku sebagai google map mencadangkan diaorang untuk lunch dekat seksyen 2, ala tempat yang ramai dengan budak UITM tu, ABC yang famous tu, korang tahu kan...pehhhh tak tahan tengok ABC ada ais krim kat tengah-tengah...time  panas cam ni memang sodap kembangkan tekak dengan ABC. Dah bersendawa cam biawak, cepat-cepat bayar, dan brumm ke Rumah 4 Musim.

Boleh tahan ramai juga orang time tu, lepas beli tiket tunggu bus mini yang tak ada tingkap, air-corn tu..bus dah sampai berkerumun la dekat bus sampai semput bus nak bawa kami ke rumah salji (time tu musim salji), terkesima tengak kecantikan alam Sang Pencipta..rasa excited gila memang tak terkata, sebelum nak pergi kat situ, aku siap e-mail dekat orang Taman Botani Negara Shah Alam tu, nampak tak semangat beria aku hahaha..bila dah masuk dalam tuh ingatkan sejuk gila, pasal mulut dah berasap-asap dah bila cakap, macam kat london gitu hahah, rupanya tak ada lah sejuk sangat, tak tahu la korang, sebab kulit aku ni cam biawak sisik kuasa 3 hahaha...yang tak boleh bla, kitaorang masuk 3 kali, rasa macam tak berbaloi sebab tiket RM3, pastu saljinya tak banyak pun, tak caya nah aku tunjuk gambar:

macam baru lepas kena langgar dengan storm hahaha, but it's ok, ada la jugak rupa dari tak ada

sungai salji yang kering kontang, kerana biawak minum banyak

Jambatan yang tak boleh di lalui...tengok aja boleh ya

Rumah Snow, nanti raya dia suruh datang, bawak rendang dengan lemang. ingat ya, 


Ha amacam, cantikan, siapa yang tak pergi lagi,try la cuci mata dekat sana...sebelum nak pergi e-mail dekat orang tu,tanya sekarang musim apa, haha style aku tu, beria haha..dekat sana ada musim panas, bunga, salji dan gugur...sekarang pun dah natural bumi panas, tak yah la pergi time musim panas tu hehe...have fun untuk korang yang nak pergi ke sana...

p/s : sebelum kesana sila makan kenyang-kenyang, nanti penat sebab banyak kena pakai bus no 11(kaki)...



                                                            ***** Have A Nice Day*****

April 10, 2014

Tutorial

Salam Khamis..........

Waduh....cepat sungguh masa berlalu, kalau dah masuk hari rabu nak ke seterusnya memang rasa laju je, kalau isnin hendak ke hari selasa tu rasa macam lambat. Ha itu lah hakikatnya yang kita rasa di dunia pada zaman sekarang iaitu FASA 4.

Sebenarnya hari ini aku sambung sikit lagi touch up blog ni, best pula aku aku tutorial dekat blog otai dengan coding hehe, aku buat tadi pun ada yang jadi dan ada yang tak menjadi hermm nasib-nasib lah kalau jadi pun...thanks ye kepada mereka yang sudi berkongsi Tutorial kepada orang ramai, ha kalau korang nak make up lagi blog korang boleh la usha coding yang berjela, ciput pun ada...macam-macam ada macam astro gitu, dekat bawah ni aku ada nyatakan link mereka-mereka yang terer :

1- JOM BINA BLOG
2- AINDZAYA
3- BICARAFARAH
4- LYSSASECRET

Ha itu la link diaorang, Thanks a lot yer awak, blog tutorial awak sangat membantu. Ha sebelum terlupa blog aku dah asik turun hujan je kat sini, jangan lupa bawak payung besar sikit tau, cuba tengok kucing aku kat bawah tu, asik tidur aja dari bulan lepas...entah hidup ke mati tak tahu la aku, berdengkur je.

Ok la guy, aku nak out dulu, jap lagi budak-budak sekolah dah balik confirm mahu serbu ini komputer,,, alahai adik-adikku..guna cermat-cermat ye.rosak kang bos akak marah nanti.

P/S : Jangan tinggal solat, puasa ganti siapa yang tak habis ganti lagi, dah nak Ramadhan, & last sekali jangan lupa makan orait, tak makan tak sihat nanti hehehe..


                                                              ****Wassalam****

April 08, 2014

Tamat

Selamat Tengahari,,,,,

Hari ini siap sudah renovation ala-ala simple kat blog aku ini, tak reti aku nak buat cantik-cantik dan nampak exclusive macam blog korang,,,,dari semalam aku jadi Shuib Sepahtu asik peninggggg arrr kepala ini,,datang tempat kerja terus pening,, balik rumah tak pening pun, heran bin kepelikan, ada jin ke kat tempat kerja aku ni wahahahaha.

Apa pun thanks kepada blog tutorial UNWANTED memang sangat berguna, memang superb, dan memang hebat..makin pening tadi tengok coding banyak-banyak, apa pun tak usah di layankan sangat hehehe,,prinsip aku selagi boleh bertahan. So guy's siapa rasa nak cantikan blog atau apa sahaja jom lepak blog brother tu, tak tahu tanya ja sama dia,,sempoi ja dia tu macam Shuib );


 

p/s : Jaga Kesihatan ok. cuaca yang tidak menentu sekarang ni, kadang badan kita tak dapat terima perubahan cuaca yang berubah-ubah..Take care

April 01, 2014

Surah Kahfi Ayat 10 Awal dan Akhir

Mari Mengaji - Edisi Surah Kahfi bukan (alif, ba, ta)

Kalau tak mampu nak baca semua baca 10 ayat awal dan akhir pun dah ok,,kalau hafal lagi bagus..
islam tidak menyusahkan (diri kita je selalu yang anggap susah) aku perli diri aku sendiri ni..jom amalkan start dari hari ini







Dunia dan Akhirat

Assalamualaikum,

Minum horlick dengan roti,
pagi ni jom bersihkan hati.

Hai kawan-kawan, nampaknya dalam beberapa bulan yang lepas aku memang betul-betul sibuk, baru aku merasa sibuk dunia yang sementara ni dengan betul, selama ni aku buat tak tahu je....hari ini aku kena siapkan report pasal, sebelum 5hb nanti nak kena hantar...kang black list dari kerani yang tak menyabar,hahaha sorry yer wak endot.

Al-kisah aku (wak dayuq) hari ini nak berkongsikan pasal memperabiskan Voucher Brim adik aku,,hahah puas hati aku, RM 100 aku balon, mula-mula pergi MPH Shah Alam saja nak cari bahan Ilmiah, otak & hati aku ni dah lama tak di usrah kan, keagamaan dengan mendalam, dengar ceramah kat TV pun kadang berzzzZZZZ.....hehehe (tebal sangat syaitan tu bubuh celak kat mata aku weh). Dalam kesibukan dan pelbagai ujian yang Allah beri pada rakyat Malaysia, kadang tu kita kena berfikir positif, sebaik perangan adalah Allah, sebab semua yang berlaku kat dunia ini semua dah tercatat dalam Al-Quran, cuma kita ja yang malas nak kaji (macam aku) );....

Hari tu member aku suh beli buku ni

jenuh aku pusing 1 MPH tu,,tak jumpa jugak, dekat 1 Jam 1/2 menapak kat sana...semput siput dah nak jalan....last-last aku amik buku agenda politik Syiah, itu pun tak baca lagi sebab aku kan ada beli 6 buku, so baca yang nipis-nipis je dulu ...cehhhh belagak.. Lemahnya aku kat buku ni, mesti tertidur kalau membaca, tak pernah tak tertidur,,dah la tidur mulut terngangga masuk badak tahu la kau. Weekend ni kalau free aku nak try habiskan baca...tebal jugak buku tu, time nak beli pun adik aku cakap "ko baca ke buku tebal-tebal ni" aku pun menjawab "ishhh baca la ndot"..



Korang dah baca surah Kahfi belom, Alhamdullilah aku baru habiskan baca pagi tadi.....sebab aku ada dengar ustaz siapa entah nama nya yang gelak macam kartun tu, dia kata baca surah Kahfi sebab dajal dah keluar....ustaz tu yang cakap eh bukan aku,,,aku cuma pendengar tegar semua ustaz..Gadget aku pun remain kat aku jugak tiap hari jumaat "Have you read Kahfi" wahhhh tersentap jiwa aku yang suka lalai dengan game.

Jom kawan-kawan kita perbaiki diri kita dan dekatkan dengan pencipta kita, kerana kita manusia paling lemah yang cuma tinggal di bumi Allah yang sementara....ada masa lapang jom kita baca tafsir Al-quran baru Yahudi takut dengan umat Islam...(peganglah Al-quran dan Sunnah ku kata Rasullulah nescaya kau tidak akan sesat) .....

p/s : Sekiranya aku ada tersilap bagi info sila perbetulkan, semoga kita semua mendapat berkat dan hidayah dari Allah

                                                                     -----Wassalam-----