Iklan sebentar

February 05, 2014

Astro

Salam Kepada semua..............

anak ikan dalam perigi,
selamat pagi....

Hai korang, apa bikin ini hari mesti tengah makan kan, wah mintak sikit boleh tak lapau ni hehehe...apa pun breakfast wajib ambil tau dari lunch, saya ada terbaca kalau tidak mengambil breakfast boleh mengakibatkan sakit jantung, kalau macam aku la kan, rasa cam nak tumbang je badan aku & rasa sejuk semacam, so guy's ingat eh jaga kesihatan.

Oit, sebenarnya aku nak cerita benda lain, sekarang kan tengah hot pasal Maharaja Lawak Mega 2013 betul tak (dari pandangan aku lah) tak tau lah korang, aku tengok program tu lama-lama naik bosan, menyampah pun ada tak tau la kenapa, padahal seronok tu boleh gelak berdekah-dekah hilangkan stress kerja, tapi bila aku baca komen diaorang kat FB itu semua script la apa lah,tapi memang betul, biasa lah dah namanya marketing mesti ASTRO buat market strategy untuk menjadikan ramai penontot, alahai nasib dulu aku pernah buat marketing tau la jugak dari bengong kena tipu hidup-hidup itu pun cerita asik ulang 3,4,5,8 kali, rasa macam tak berbaloi je bayar bil tiap bulan....puihhh hahaha.

Hujung bulan January tadi aku call ASTRO, aku nak mintak suh dia terminate kan channel Mustika tu, yang aku hairankan, mase aku nak tambah channel tu 133 baru ada, and 131, 132(operator tu cakap 3 serangkai untuk channel mustika 131,132,133) of course la ada sebab aku request, alih-alih bila aku nak terminate kan channel astro bella, still ada tak faham aku lah, cam **** je games diaorang ni. Lepas tu kena caj RM10 sebab stop untuk channel Mustika, halaaaaaa makin berangin je aku dengar, sistem apa yang diaorang pakai tu ha, asal sampai begitu sekali kenapa2..bila di tanya itu memang procedure kite cik....ngenggggg


Ok la, aku malas nak cerita panjang-panjang sakit hati jadi nya......nak pakai HYPPTV, member aku cakap tak best, any suggestion please,,)=




p/s = berbelanja mengikut kemampuan bukan mengikut kehendak orait,,wish good luck for you all 
Post a Comment