Iklan sebentar

January 22, 2014

Job Seeker

Anak dara tercekik halkum,
Assalamualaikum...........

(siapa terer cer teka pantun siapakah? hehe)

Good Morning guy's hari ini, saat ini jiwa aku tak tenang pasai apa?..pasal kontrak aku dah nak di terminated terus bulan 4 nanti,,kami pun mengkalutkan diri cari kerja backup, tak kan nak jadi jobless pulak kan..dah la tahun ni, musim barang naik,apa pun tak boleh lah haihh. Bermula la dari minggu lepas kitaorang pun asik ngadap pc je,,ada jawatan yang match cepat-cepat apply, dapat tak dapat  belakang punya cerita lor , janji cuba (kalau ada bos besar kat sini, ada kerja kosong tak, nak apply heee).

Kadang tu aku terpikir macam teringin pulak nak kerja dengan prokudsi (alih angin katanya), banyak juga lah web produksi yang aku usha kat malaysia ni, tapi aku tak nampak plak perkataan career kat web diaorang tu, ataupun aku tak pasan, entahlah....

Sekarang ni aku memang kerja dekat dengan rumah, kalau aku nak kerja dekat bandar gaji kena besar cikit RM1800-RM2000 pun dah ok bagi aku,,,sebab aku tak banyak sangat komitmen lagi setakat minyak, mencekik, bagi mak bapak & bayar bil tu normal la bagi semua orang kan

Aku rasa masing2 nak kerja dengan government, tapi belom ada rezeki tak apa lah, janji kita semua berusaha dari tidur je macam musang debab kat rumah aku tu. hua,,,hua,,,,hua,,,,(musang tu dah mati tekangkang)





p/s : Adik-adik yang kat luar sana, belajar rajin-rajin yer, jangan malas-malas besar nanti jadi doktor ke lawyer , nasihat nabil kat MELETOP malam tadi )-

blogger peace yawwwwwwww,,,see yahhhhhhhhhhhhhhhh
copy paste ayat orang je,,buah fikiran dah di petik orang....)=


January 02, 2014

Happy New Year 2014

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua,,,lama gilerr tak usik blog ni,,busy yang di buat-buat macam ini lah jadi nya,.............................apa pun SELAMAT TAHUN BARU..............................................
kepada korang semua semoga azam baru tercapai dan bersemangat.

Minggu lepas aku attend interview dekat MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM first time aku pergi interview dekat government,, memang berbeza kalau interview dengan government ni kan,,berbanding swasta , tapi time tu pun aku candidate yang second last..panel-panel tu pun dah rasa cam penat nak mendengar para interview membebel..time aku panel tu suruh cerita pasal background diri aku je,,pehhh tension pula rase,,sebab dah macam-macam aku baca pasal protokol, LINUX, beza Internet, Intranet, Extranet rupanya dia tak tanya cetttt...tak apa lah,,recall balik jela ape yang aku belajar dulu (semangat berkobar tu dowh). time tu 12 orang yang di panggil untuk sesi temuduga jawatan sebagai Pen. Pegawai Teknologo Maklumat tiba-tiba bos aku pun ada jugak kat situ,,terkejut aku jah...:) it's ok lah sekarang ni aku tunggu panggilan dari diaorang kalau tak ada,,anggaplah mungkin aku akan dapat kerja di tempat yang lebih baik..kena positif dengan aturan Allah.

Tahun baru nimesti banyak azam korang kan cam aku la,,aku tak nak beria sangat dengan azam aku,nanti tak menjadi,,,buat biasa-biasa je,,cam tahun lepas beria azam aku,,1 pun tak ada hasil cett,,ada tu ada lah tapi kurang memuaskan,,ni kalau pergi bank haji aku pangkah dekat kurang memuaskan je-);..
azam tahun ni aku akan cuba sebaik mungkin untuk dapatkan kerja yang lebih menjamin masa depan aku, nak ada kereta idaman aku & one more memandangkan umur aku makin bertambah (rasa cam baru pas SPM je) aku nak cari tettttt itu dia apa nama..hahaha masalah aku ni tak reti la nak cari ishhhh, masalah besar betul, almaklum la dulu2 tak pernah bercinta hahah sekarang umur dah naik baru kalut-kalut nak cari,,,aku berdoa jela semoga Allah permudahkn urusan aku,,

Lastly, aku doakan saudara islam yang seagama dengan ku, semoga kita semua mendapat berkat hidup di dunia yang sementara, dan tercapai cita-cita dan azam anda semua dan di permudahkan urusan harian dan dapat mendekatkan diri dengan Allah, dan yakin Allah akan makbulkan hajat kita semua..blogger see yahhhhh




p/s : good luck & struggle ..... 2014.......