Iklan sebentar

July 12, 2013

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan dan salam Jumaat...hari ni mood aku tak balance,,kene buat balancing nih,,hoooo korang puasa tak,,tadi baca Metro ada jugak yang tak puasa ya,,selamba abah dia ja nak makan kat tempat terbuka,,heee tak rasa takut ke Allah tengok,,,tak rasa berdosa ke bersalah ke,,alah apa nak heran ,solat pun ada yang tinggalkan,,buat masa ni alhamdulillah,,aku tak penah tinggal solat lagi,,bukan nak belagak nak tunjuk,,aku belajar dari pengalaman dari hidup aku ni,,haha almaklumla aku ni kerja macam2 dulu,,so macam2 ragam manusia aku dapat tengok,,

Haishhh aku bukan nak bebel benda2 cam ni..sebenarnya point aku satu je,,nak post SALAM RAMADHAN kat korang je,,punya la poyo buat ayat bajet aku ni bagus sangat pulak kan,,huauahuah rasa cam nak sepak je,,kui3



p/s : selamat menjalani ibadah puasa,,,banyak2 kan la kita semua buat pahala,,bulan yang paling senang nak cari pahala,,tak ada siapa yang halang pun,,,ok chaw,,,nak balik rumah time rehat,,nak tido sampai kol 3 nanti hahha

July 11, 2013

Tasik Biru, Kundang

As'salam semua selamat pagi,,,RUSA GEMOK mengantuk gilerr...nak-nak duduk dalam air-corn..sayup-sayup ja mata ni ha,,tahu lah puasakan,,,sambil tekebil-kebil mata tengok PC,,,RUSA GEMOK nak post pasal TASIK BIRU di Kundang, Selangor.

Ahad lepas aku dengan sepupu aku saja mahu melawat TASIK BIRU tu,,nak tengok biru sangat ke airnya sampai di panggil TASIK BIRU,,hahaha,,,bila sampai ja kat sana,,round-round dulu cari park kereta untuk berdetuh..time tuh tak berapa nak ramai sangat orang yang datang...apa lagi pecut laju-laju macam musang la park kat bawah pokok,,redup sikit....time tu makcik aku bawak bekalan,laksa,,sebab anaknya nak datang bawak geng lepak kat TASIK BIRU tuh,,sambil tunggu anaknya sampai aku dengan sepupu aku pun panaskan dulu kuah laksa(dengan seranggan pun nak join masuk kat dalam kuah laksa),,peh jadi lapar balik,padahal pagi tu aku dah makan nasi lemak, roti canai, siap lunch makan nasi dengan ikan siakap 3 rasa,,,gila lahap cam gajah,,,,mojo tak gemok cam gajah,,,bak kata sepah,,gajah yang tak makan nasi bertahun-tahun tak gemok pun...hahahah..

Dah membuih-buih kuah laksa tu di panaskan,,aku dengan gelojohnya terus tuang kuah tu kat mangkuk..makan laju-laju cam makan mee slurrppp..enak sekali....10 minit kemudian, sampai lah sepupu aku and the geng,,yang baru balik dari ladang kambing (praktikal kat ladang kambing)..turn mereka pulak balon laksa tu sampai muntah hahaa..sambil diaorang melantak aku ada sempat amik gambar kat tasik tu,,video pun ada,,jom layan..eh tapi kejap aku mau tanya,,kepelikan aku melanda kenapa ramai yang datang situ,,& aku pun tak tau motif apa diaorang termasuk lah kami datang ke situ, sebab tak ada benda menarik dan pelik pun untuk dikerumuni,hahaha..sapa ada jawapan tolong bagi tahu )=





video


p/s :Ok lah,,semoga enjoy2 ja di bulan Ramadhan,,jangan tak puasa ,berdosa, Allah nampak,,I know what you did last puasa/raya,,,orait chow.......


July 04, 2013

Tutorial Effect Zoom Pada Image

Yeahh akhirnya aku berjaya,,,kolot baru tahu benda ni,,selama ni tau nya makan saja...cuci mata saja,,ni bila dah nampak , teringin plak nak buat kat papan buruk dia ni,,,kau tak tahu malu kah tanya sama Kakak Tiri Cinderella ...aku tau lah kau memang tak reti malu buahahaha..

Thank a lot to SIARA ELINA empunya blog kakak tiri cinderella kerana sudi share sama rusa gemuk pasal tutorial effect zoom pada image...seronok pulak tengok gambar tu membesar bila cursor tu pada arah gambar..pewiitttt 

So siapa yang nak try, try la,,sangat sesuai untuk orang yang rabun cam aku,,aku sudah bagi link pada gambar tuh,,nak yang lain tanya SIARA ELINA...macam2 tutorial dia ada

Apa pun Terima Kasih ya KAKAK TIRI CINDERELLA...

p/s : Let's do something for our blog...yeahhh..


Latihan Tahunan Penyelia IT Perpustakaan Jalur Lebar (FASA PERINTIS)

Assalamualaikum dan selamat pagi you all...alhamdulillah jerebu berkurangan sedikit,,,,boleh la aku pergi kursus di HOLIDAY VILLA HOTEL, SUBANG walawehh kursus lagi,,,ermmm not bad la bos buat macam ni tiap tahun,,,boleh buat terapi minda, & haa ni yang penting untuk menaikkan semula semangat bekerja dalam berkerjaya..waduhhh nape hari ni otak aku kemalasan nak berfikir buat ayat nih,,,come la BOS...mane semangat kau!!..(lemau sebab terlebih tidur ni lah jadi nya) .

Ok guy's sebenarnya aku mahu share pengalaman aku pergi kursus buat kali kedua aku sertai,,kali ni GEM - ASIA Sdn Bhd yang guidance kami semua,,ringkas dan padat info yang dia sampaikan,,memang terbaik,,,menyerap aura Encik kat kami semua hahaha,,lepas ni boleh lah kami apply kat tempat kerja kami ya..tapi bagi aku,,motivasi yang dia bagi macam lebih kepada business, memang kau2 lah semangat yang dia bagi...dah rase macam bos aku yang dulu je gaya dia...rasa macam kene injection je bila berpatah-patah ayat yang kua dari mulut dia,,,,untuk dipendekkan cerita semua nya terpulang pada diri sendiri,,,kerja dia cuma mahu bangkit kan semula semangat dalam melakukan kerja dan membina strategi yang lebih baik,,,untuk korang aku nak share kan 1 info dari dia untuk kita semua lakukan di tempat kerja orait,,


  1. NO COMPLAIN
  2. NO EXCUSE
  3. NO BLAMING OTHER


Semoga kita semua berubah dalam setiap masa,,tidak perlu terlalu mendadak dan terlalu mendesak dengan jangka masa yang terlalu cepat,,tetapi berubahlah secara berlahan-lahan...di samping hendak berubah tu,,kita renung balik apa kelemahan yang sering kita lakukan...kalau bukan diri sendiri yang nak ubah, siapa lagi yang nak ubah diri kita sendiri, kalau bukan diri sendiri...itu pun kalau hendak dengar teguran orang,,,kalau melantun,,,fikir2 kan lah,,,sampai bila kita nak hidup di takuk yang sama saja kan betul tak,,,hehehee start dah si rusa gila ni nak bebel...Korang jom layan dulu gambar time aku dan rakanku kursus:....


Ni first group untuk Fasa Perintis dari Selangor, Terengganu, Sabah, Sarawak & Pahang

Bebelan terakhir dari Encik Azrel....dia saja ja mau flash back apa yang dia bagi taw,,mau test (budak2 ni faham ke tak ape aku cuba sampaikan) aku dah feel rasa mahu balik bilik ja time tu,,tiba2 kena soal dengan Encik,,ayakkk nasib dapat jawab.fuhh!!

Group presentation,,,memang banyak kena buat presentation ja dengan Encik Azrel tuh,,,!!


Sebelum Start bergambar-gambar kejap..Puteri (tudung hitam) muka tak puas hati kat kitaorang hahahaa!!


Before Check Out..benda wajib kene buat lol...explore dulu tempat yang tak sempat merayap!! 


Itu la Encik Azrel (baju hitam) yang memberi motivasi,,,tq BOS


Malam tu,,ada Annual Dinner dengan semua staff,,!!


.perut dah kenyang jom balik!!