Iklan sebentar

June 12, 2012

Menu Buka Puasa Hari Ini....


MEE SIZZLING

Salam bulan Rejab untuk semua,,peace.lagi sebulan nak puasa Ramadhan,,kejap je dah nak raya lagi..raya 2012..nak kene beli baju raya, kasut raya,,tapi entry aku hari ni bukan topik raya,,tapi cerita pasal mee sizzling makanan kegemaran aku,,ishhh sedap nya lah,,biasa la tuh,nafsu orang puasa 1001 selera..padahal tekak 1 lorong je..tu name nya puasa melatih kite punya nafsu..belajar control nafsu hehehe..ape pun mai pakat ramai2 puasa sunat rejab and syaaban for coming soon..ganjaran berganda untuk anda sekalian..

*petang nih nak try la buat mee sizzling sendiri,,jadi ke tak,,balon je makan janji lepas kempunan aku nih,,hehe..sape nak try gak meh la tengok resepi ni..share dengan korang: 

Bahan-bahan:

  • 2-3 sanggul / gulung (yee mee) - dicelur.
  • 5 ulas bawang putih (di ketuk)
  • 5 biji cendawan shitake (cendawan kering) - rendam hingga agak lembut, kemudian potong 4
  • Daging ayam - potong kecil-kecil
  • 3 biji cili kering - potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • garam secukup rasa
  • 2 cawan air
  • 1 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
  • sedikit minyak masak (utk menumis)
  • Sayur sawi dipotong panjang-panjang dan dicelur.
  • Telur ayam.

Cara membuatnya:

  • Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik bau.
  • Masukkan ayam yang telah dipotong. Kacau sehingga masak. Masukkan serbuk lada hitam.
  • Kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair.
  • Tambahkan 2 cawan air.
  • Masukkan cendawan yang telah dipotong.
  • Masukkan campuran tepung jagung dan garam secukup rasa. Kacau sebati. Biarkan mendidih.
  • Kemudian siramkan kuah ini ke atas yee mee dan sawi yang telah dicelur.
  • Pecahkan telur atas hidangan yang masih panas.
  • Sedia untuk dihidangkan.
* semoga menjadi la percubaan aku petang nanti..


Post a Comment