Iklan sebentar

May 26, 2012

INFO UNTUK WANITA...)

Salam SABTU untuk semua..hari ni saya cume nak share 1 hal..mungkin dah ada yang tau, mungkin ada yang tak tau lagi,,so saya share kan kat sini..tak pe,,bende baik,buat ape nak sorok2 kan dari orang lain,,tak salah kan kite berkongsi ilmu..betul tak kawan2...hari ni kite syok2 je bace info nih..maybe ad segelintir dah tau,,tapi tak semesti nya dia ingta semua hehehe:. let's to read it...


(WANITA TANAH)
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak;
Taurus (21 April-20 Mei),
Virgo (24 Ogos-23 September) dan
Capricon (22 Disember-20 Januari).
• Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
• Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
• Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
• Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
• Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
• Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia d! an berwibawa.




(WANITA API)
Wanita api dilahirkan di bawah lambang;
* Aries (21 Mac-20 April),
* Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
* Sagittarius (23 November-21 Disember).
• Dilahirkan sebagai pemimpin
• Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
• Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
• Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
• Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
• Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
• Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


(WANITA ANGIN)
Mereka ini lahir di bawah lambang ;
* Gemini (22 Mei-21 Jun),
* Libra (24 September-23 Oktober) dan
* Aquarius (21 Januari-19 Februari).
• Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
• Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
• Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh sungguh.
• Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
• Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
• Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
• Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.




(WANITA AIR)
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;
* Cancer (22 Jun-23 Julai)
* Scorpio (24 Oktober-22 November) dan
* Pisces (20 Februari-20 Mac).
• Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
• Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.
• Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
• Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri









p/s = Buat wanita di luar sana..jaga lah diri dan maruah anda sebaik mungkin,kerana apabila hilang 1 maruah kite yang paling berharge..ibarat tiada mahkota pada diri kita,,jaga la maruah kite untuk bakal suami kite,,biar lah ia di perlaku secara halal...pahala pun bertambah..gegeeege..ok guy's i have to go...thanks to visit my page!!

Post a Comment