Iklan sebentar

February 20, 2012

utamakan kesihatan

Malam ni aku ada satu berite tergempar untuk share dengan korang semua,,sila buka kan mate korang besar2,and buka otak korang biar faham..cerite gempak punya..aku tau korang semua kurang ambil berat pasal hal ni kan..meh ke bawah ni, kite baca keratan akhbar sumber metro :-
                        
KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin.

“Air yang bertakung di dalam tangki simpanan air rumah mudah untuk dicemari bakteria ini kerana kitaran tidak kerap berlaku disebabkan penggunaan air yang tidak banyak oleh pengguna,” katanya pada Kempen Kesedaran Pengguna Mengenai Kualiti Air di Universiti Tenaga Nasional.
Beliau berkata, sebagai pengguna kita tidak setiap hari menggunakan air, jadi apabila air yang dicemari itu digunakan ditambah pula kandungan karat dari tangki yang masuk ke dalam air, ia memberi kesan buruk kepada pengguna seperti gatal badan.

Bagi kategori rumah teres, air dari meter utama disalurkan kepada dua bahagian iaitu terus ke singki dapur dan dipam naik ke tangki simpanan air yang terdapat di setiap rumah manakala, bagi kategori rumah bertingkat pula, penduduk dari tingkat bawah sehingga tingkat empat menerima bekalan air terus dan penduduk tingkat seterusnya dibekalkan air dari tangki simpanan.

“Penggunaan penapis air adalah hak individu dan kami tidak menghalang jika orang ramai mahu memasang alat penapis air ini di rumah mereka,” katanya.

So, amacam ada rase touching tak hati korang bace?..bukan ape..selalunya benda yang kita gunakan tiap hari, kadang kalanya membunuh diri kite dengan senyap,,betul tak..senang cite kite tak boleh amik ringan pasal hal2 cam tuh,,kalo buat tak heran badan kite juga yang terseksa nak tanggung penyakit yang tak tau bile akan serang..harap2 semua sihat2 belaka hendaknya. Lagi2 kes baru2 yang tengah hot kat perak pasal "ROTAVIRUS" yang menyerang ramai bayi dah meninggal..salah satu punca kematian dari air,,betul tak,,kesian, baru sampai ke alam dunia dah balik ke alam akhirat..

Di pendek kan cerita jom kite buat sesuatu yang terbaik untuk sejagat manusia, supaye generasi yang akan datang dapat menikmati kebersihan kualiti air..dah kalau syabas kate tak sarankan gune penapis air,,jom kite pakai "treatment water" brand SWISSPRO..terbaik punya..kire cam sesuai la untuk digunakan untuk semua umat-umat di muka bumi ni..-mencegah penyakit lebih baik dari merawat-..tq

p:s - sebenarnya banyak lagi benda nak di war2 kan tapi mate and otak nih dah lelap 30%..nothing..empty mind..ngantuk sesangat..esok keje plak tuh..energy kene charge sebanyak mungkin..cerite kat korang pun ayat bersepah..k guys bai2..jangan ngutuk post ak yang ni ntah pape..kutuk dalam ati masing2 je la ye,,bermonolog..assalamualaikum
Post a Comment