Iklan sebentar

December 29, 2010

ASTRO & MEDIA PRIMA

Pagi ni aku mau kongsi satu cerita kepada yang belum tau lagi..korang bacakan petikan dibawah tu..aku dapat tau pun di BEAUTIFUL NARA..aku setuju sangat...kenapa lah banyak sangat cerita dari indon dan lagu indon kat Malaysia ni..kenapa dengan artis Malaysia? kesian aku tengok...tak kan pihak media tak ambik sesuatu perubahan dalam program penyiaran mereka..atau..entahlah aku pun tak tau..:

Salam
Nama saya Marlisa. Actually saya nak buat luahan perasaan tentang syarikat penyiaran di Malaysia. Saya sangat tak berpuas hati tentang Media Prima dan Astro. Mereka ni buta atau pekak?? Mereka tak pernah dengar rungutan rakyat Malaysia?? TOLONG HENTIKAN PENYIARAN CERITA, LAGU ATAU APA-APA SAHAJA TENTANG INDONESIA! Saya amat kesal kerana Media Prima mahupun Astro tak mengendahkan rungutan orang ramai.
Semalam hanya kerana bola sepak, Malaysia menjadi Trending Topic di Twitter! We hate Malaysia, Malaysiacheatlaser. Dan media di Indonesia mengatakan team Malaysia memakai dukun! Ramai artis yang saya follow mereka mendapat cacian dari rakyat Indonesia di Twitter terutamanya Tiz Zaqyah, Yuna, Sharifah Sofea dan ramai lagi saya rasa. Even saya pun terkena jugak. Tolong la Abang Nara. Tolong bukakan mata semua syarikat penyiaran di Malaysia
Saya pernah melancong di Indonesia saya tak nampak pun 1 filem or drama Malaysia di sana. And lagu pun 1 haram pun saya tak dengar. Tapi orang Malaysia still pasang lagu or cerita Indonesia. Import la mana-mana cerita luar Negara janji jangan Indonesia. Saya rasa cerita Korea amat berkualiti untuk ditonton. Itu hanya pandangan saya sahaja.
Oklah setakat ini sahaja luahan saya. Sekian terima kasih.

p/s: kepada JU aku tak copy paste ya..aku cuma mau share ja dengan blogger yang tak tau lagi..kalo kamu mau tau selanjutnya kamu klik ja  BEAUTIFUL NARA ok.tq!!!
Post a Comment